Friday 28 November 2014

'To the Muslim Youth'


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Gambar di bawah didapati daripada muka surat awal buku 'Islam and Secularism' oleh Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas hafizhohullahu ta'ala.

2. Buku ini sudah lama ditulis dan telah diterbitkan pada tahun 1978, ketika saya belum lahir lagi ke dunia ini.

3. Setiap Muslim mesti memiliki buku ini dan mengkaji isi kandungannya insya Allah. 

4. Saya juga telah mengarang satu puisi ringkas sebagai meraikan amanat beliau kepada orang-orang muda:

"Beliau tulis 'to the Muslim youth', 
Ketika aku masih di alam ruh,
1978 itu sungguh jauh,
Namun ideanya masih utuh!"
-8 Rejab 1435 Hijriah

(Sumber)
Wallahua'lam.

2 comments:

mudzaffiraboo said...

Salam syeikh.. buku ni boleh download di PDF.. sekadar memberitahu dan juga ingin bertanya.. wajar ke sekadar membaca buku ni melalui PDF? atau bagaimana? dan boleh ke membaca Kitab ni tanpa perlu sebarang syarahan?

Ibnu Hanaffi said...

Waalaikumussalam Pepe. Saya tak pasti dari segi keizinan penulis asal untuk sebaran pdf. Tapi rasanya memang banyak merata dunia dan mungkin pada satu tempoh khabarnya dah tak dicetak buku hebat ni. Maka pilihan yang ada adalah membaca pdf.

Membaca boleh tapi memahaminya saya fikir adalah satu proses yang panjang.

Islam & Secularism tak silap saya dah diterjemah ke dalam BM oleh anak murid Prof. al-Attas yakni Dr Khalif Muammar dan khabarnya beliau membaca banyak kali (10 kali?) sebelum menterjemah.

Cadangan lain adalah untuk membaca tulisan anak-anak murid beliau atau hadir majlis mereka, kerana Prof. al Attas bukan sekadar seorang penulis tetapi tokoh yang membawa gagasan idea yang besar, boleh dikatakan seperti ulamak kita terdahulu macam Imam al-Ghazali Hujjatul Islam.

Akhir sekali, saya kongsikan beberapa karya beliau yang lain dalam koleksi perpustakaan peribadi saya, yang pastinya belum sempat ditela'ah dan dimanfaatkan sepenuhnya!

1. Risalah Untuk Kaum Muslimin
2. Prolegomena to the Metaphysics of Islam
3. On Justice and the Nature of Man
4. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu
5. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
6. Historical Fact and Fiction
7. A Commentary on Hujjatul Siddiq

WAllahua'lam.

Post a Comment