Tuesday 8 August 2023

Sungguh


Bismillah.

1. Alhamdulillah dapat turut sama hadir dalam majlis penuh bersejarah ini.

2. Prof. Al-Attas sebelum menutup bicara memohon maaf katanya jika beliau membuatkan sekelian yang hadir berasa penat. Malunya aku!

3. Padahal beliau sendiri berusia 92 tahun, berkerusi roda naik ke pentas, dan diuji dengan kecederaan sejak 17 tahun lepas.

4. Terserlah bukan sahaja keilmuan beliau selama ini, bahkan akhlak mulia beliau, seperti akhlaknya datuk beliau Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

5. Selain banyak sebab lain diri yang kerdil ini cuba bertatih memahami gagasan pemikiran beliau serta jasa beliau kepada umat Islam, dua sebab penting yang ingin direkodkan di sini adalah seperti berikut.

6. Pertama kerana beliau berketurunan Nabi صلى الله عليه وسلم, ahlul bayt yang bukan hanya mewarisi darah, tetapi juga ilmu dan akhlak baginda.

Dari FB 'Royal Johor'

7. Kedua, kerana beliau adalah al-Ghazali zaman ini, dan Imam al-Ghazali juga panutan beliau, sedangkan al-Ghazali bukan ahlul bayt, tetapi Islam itu agama ilmu, dan ilmu Al-Ghazali ibarat lautan tak bertepi.

8. Sungguh, Nabi kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم serta ahli keluarga beliau adalah rahmat dan penerusan rahmat buat sekelian alam.

وما أرسلناك إلا رحمة للعٰلمين.

والله أعلم بالصواب ❤️

Baca Teks Penuh