Bismillah.
1. Pada sesi ke-2 pengajian matan (teks) dalam Mantiq
peringkat pemula (beginner, مبتدئ)
melalui rakaman percuma di Seekers Guidance di bawah bimbingan Shaykh Ahmed
al-Azhary حفظه الله, beliau menjelaskan
satu bahagian matan yang bagi saya sangat bermanfaat.
أوردنا فيها ما يجب استحضارها
".... kami nyatakan di dalamnya (risalah mantiq ini)
apa yang WAJIB dikemukakan (dijadikan hadir)..."
2. Lalu Shaykh bertanya wajib di sini wajib apa? Adakah
wajib syar'ie?
3. Terus teringat lagi dua hukum yang disebut dalam kitab
Imam al-Sanusi iaitu al-Muqaddimat lalu bertanya juga di dalam hati adakah
mungkin wajib 'aqliy atau wajib 'ādiyy?
4. Lalu Shaykh memberi jawapan ia adalah الوجوب الصناعي yang beliau sebut dalam bahasa Inggeris dengan 'technical obligation'.
5. Dari situ juga teringat beza antara واجب dengan وجوب dan tentang pentingnya belajar bahasa Arab serta memahami
istilah yang pengarang gunakan apabila membaca kitab mereka.
6. Shaykh juga menyatakan bahawa, apabila berkata Imam
al-Ghazali "tidak diyakini ilmu orang yang tak belajar ilmu mantiq",
bukan bersabit orang lain, tapi kita sendiri sebenarnya, yakni jika kita tak
belajar mantiq, kita tak boleh pastikan sama ada ilmu atau pemikiran kita betul
atau salah (kerana tiada ilmu alat).
7. Saya fikir, dari sini (by extension), jika pemikiran
sendiri pun tak mampu dinilai, apatah lagi pemikiran orang lain?
8. Semoga usaha kerdil ini dapat membantu diri sendiri dan
pelajar di kelas saya melatih membangunkan minda dan intelek yang lebih
berstruktur dan tersusun dalam mengkaji, membahas dan menyampaikan hujah dan
pendapat dalam peperiksaan dan kehidupan.
WAllahua'lam.
رب يسهّل آمين...
PS: Fawaid (فوائد)
ialah kata jama' (جمع, plural) kepada
perkataan faedah (فائدة).
0 comments:
Post a Comment