Bismillah.
1. Alhamdulillah khatam kitab ke-2 tahun ini sempena
persediaan bermula kelas baru ACCA pada minggu depan.
2. Khatam ini
kali kedua selepas kali pertama pada tahun 2021.
3. Boleh juga
kata kali ke-3 khatam melalui rakaman bersama penyusun sendiri, Dr Ayman
al-Akiti حفظه الله yang membaca matan serta terjemahan serta syarah pendek beliau.
Boleh tonton di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=SxRsmG1VMO4&list=LL&index=3
4. Kitab syarah
tanbih (تنبيه) ini boleh dikatakan zubdah (زبدة) atau
intipati daripada kitab terkenal Imam al-Zarnuji رحمه الله
yang lebih panjang, dan tanbih ini juga selain lebih ringkas, ia dalam bentuk
nazam (poem) dan ada juga tambahan isi lain.
5. Banyak adab
belajar yang disentuh bahkan diabaikan oleh penuntut ilmu sehingga tidak
terhasil ilmu atau tak dapat ilmu bermanfaat.
6. Antaranya
adalah tentang kewajaran mengagungkan atau menghormati guru, sebagaimana yang
dinukil dan dirujuk daripada Imam besar seperti Imam al-Nawawi dan al-Hafiz
al-Suyuti, sehinggakan karya Dr Ayman ini dinamakan syarah (commentary) dan
juga توثيق kerana meletakkan rujukan daripada kitab-kitab muktabar.
7. Akhir sekali
saya kongsikan di sini enam syarat atau perkara yang MESTI ada bagi penuntut
ilmu, sebagaimana kata Imam al-Shafie رحمة الله عليه.
Pertama:
Kecerdikan
Kedua:
Gemar untuk
dapatkan ilmu
Ketiga:
Biaya menuntut
ilmu
Keempat:
Bersabar
Kelima:
Petunjuk seorang
guru
Keenam:
Menempuh waktu
yang lama
8. Perkara keenam
adalah antara perkara yang ditinggalkan ramai pada zaman yang semua benda nak
cepat sekarang.
9. Semoga
permulaan tahun baru ini menjadi permulaan kepada saya untuk terus belajar adab
belajar dengan betul dan berkesan, khususnya sebagai seorang pelajar dan
pensharah.
"When one teaches, two learn."
10. Semoga berkat masuknya malam Rejab apabila masuknya
Maghrib malam ini juga, Allah mengampunkan dosa kita semua dan panjangkan umur
kita untuk bertemu Ramadhan.
Amin ya Rabbal 'alamin.
WAllahua'lam.
PS: Maaf lupa. Bila sebut berapa kali khatam, bukan nak kata
hebat, tapi nak tekankan bahawa perlunya mengulang-ulang bacaan buku yang baik
dan bermanfaat lagi-lagi bab adab, akhlak dan tasawwuf sebagai peringatan
berterusan buat yang selalu lalai-lupa seperti saya 🙏🏽