Tentang Saya


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Untuk penjelasan mengenai nama blog (Naqal-Mafhum-Ilham) sila rujuk bahagian Pengenalan.

A. Latar belakang akademik dan professional

Sekarang
Bermula 19 September 2022, saya melapor diri untuk bekerja di Institute of Professional Studies (IPS) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) di Kuala Lumpur sebagai pensyarah program ACCA dan AFIA. KUPTM KL ini sekarang sudah naik taraf kepada Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Di tempat kerja, saya mengajar subjek Strategic Business Leader (SBL) dan dalam masa yang sama, sedang menyambung pengajian peringkat sarjana (Master's degree) dalam bidang kewangan Islam di International Center of Education for Islamic Finance (INCEIF) University, yang telah bermula pada bulan Jun 2023.

2021-2022
Saya meninggalkan INTEC untuk mencuba tempat baru di Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan mengajar subjek Strategic Business Leader (SBL) untuk program ACCA serta subjek-subjek ijazah sarjana muda untuk program sebuah universiti awam dari United Kingdom (UK) bernama Liverpool John Moores University (LJMU).

Di sini, selain usaha menambah baik dalam subjek perakaunan, saya juga diberi peluang mengajar subjek perniagaan (business strategies) dan subjek teknologi maklumat (IT) seperti SAGE UBS dan Microsoft Power BI.

2017-2021
Bertugas sebagai seorang pensyarah dalam program perakaunan professional ACCA di IPAC, INTEC Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. Saya mengajar subjek F5 (Performance Management) sejak bulan Julai tahun 2017. Kemudian, saya juga mengajar subjek F9 (Financial Management) dan akhir sekali subjek P4 (Advanced Financial Management).

Selain itu saya juga mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengajar al-Quran sejak Jun 2017 dan mengajar di beberapa tempat (rumah persendirian) sekitar Shah Alam. Tauliah ini telah tamat tempoh pada akhir tahun 2021 yang lalu dan saya tak mohon penyambungan kerana berniat mahu belajar dengan lebih baik untuk pentauliahan yang lebih layak pada masa akan datang.

2012-2020
Program professional perakaunan (ACCA dan CAT) di UiTM Shah Alam dan Kolej Damansara Utama (KDU). Alhamdulillah saya berjaya mendapat ACCA Affiliate pada tahun 2020 setelah lulus subjek professional terakhir iaitu P4 (Advanced Financial Management) yang diambil pada bulan Disember 2019.

2008-2011
Saya mengambil program persediaan ke luar negara i.e Australian Matriculation (AUSMAT) di INTEC UiTM Shah Alam, kemudian menyambung ijazah perubatan (MBBS) di International Medical University (IMU) di Bukit Jalil namun tidak berjaya menamatkan ijazah tersebut.

1995-2007
Memulakan pendidikan formal pertama di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kampung Hulu Takir (1995-1996), SK Seberang Takir (1997-2002) dan the Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 2003-2007.

B. Pengajian agama

Ibu bapa saya adalah guru-guru pertama saya, semoga Allah SWT merahmati kami, mengampunkan dosa-dosa saya dan mereka.

Saya berusaha untuk mengambil manfaat daripada guru-guru umat Islam, yang tempatan mahupun dari luar negara, namun tidaklah layak untuk saya secara semberono mengaku mereka itu guru-guru saya melainkan sekadar mengambil berkat dengan menyebut nama mereka. Realitinya saya tidak layak menjadi murid mereka, dan kurang adab serta khidmat terhadap mereka.

Saya menyebut antara beberapa nama yang pernah saya hadir dalam majlis mereka, dan berharap para pembaca turut mendapat manfaat melalui senarai ini.

1. Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Haji Hasan hafizhohullahu ta'ala (Malaysia)
2. Syeikh Abdullah al-Jahaf hafizhohullahu ta'ala (Yaman)
3. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas hafizhohullahu ta'ala (Malaysia)
4. Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail hafizhohullahu ta'ala (Malaysia)
5. Al-Fadhil Ustaz Nik Bakri Nik Mat hafizhohullahu ta'ala (Malaysia)
6. Syeikh Feras Salou al-Dimasyq hafizhohullahu ta'ala (Syam/Syria)
7. Al-Fadhil Ustaz Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah hafizhohullahu ta'ala (Malaysia)
8. Dr. Suleiman Mohammed Hussein Boayo hafizhohullahu Ta'ala (Ghana)
9. Almarhum Ustaz Mohd Zaidi bin Abdullah rohimahullahu ta'ala (Malaysia)
10. Shaykh Dr. Muhammad bin Yahya al-Ninowy hafizhohullahu ta'ala (Syria)

Daripada kesemuanya, almarhum Ustaz Mohd Zaidi mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam hidup saya dan saya sangat merindui beliau yang pergi menghadap ilahi tanpa dijangka pada tanggal 18 Jun 2022. Sudilah kiranya sedekahkan bacaan al-Fatihah buat beliau.

Dalam prinsip beragama, saya mengikuti aliran majoriti umat Islam zaman-berzaman yang diasaskan al-Imam Abu al- Hasan Asy'ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam bab Aqidah (Iman), al-Imam Muhammad bin Idris al-Shafi'e dalam bab Feqah (Islam) dan al-Imam al-Ghazali dalam bab Tasawuf atau Akhlak (Ihsan) rahimahumullahu ta'ala ajma'in.

Ketiga-tiga komponen utama dalam agama (Islam, Iman dan Ihsan) yang saya sebut di atas adalah asas dalam agama yang masih saya sedang belajar dan mendalami sedikit demi sedikit insya Allah. Para ulamak telah menjelaskan bahawa selain 3 rukun di atas, rukun agama yang ke-4 berdasarkan Hadis Jibril ialah tanda-tanda kiamat.

C. Latar belakang keluarga

Saya merupakan anak jati Terengganu daripada kedua-dua belah ibu dan ayah dan merupakan anak ke-3 daripada 10 orang adik beradik.

Saya juga sangat meminati buku dan mempunyai perpustakaan mini yang sangat kecil di rumah. 

Mungkin kerana lebih banyak menghabiskan masa di luar negeri berbanding di kampung (yakni Terengganu), loghat Terengganu saya sudah pelat sikit.

Allahu yubaarik fiikum.

D. Fasa hidup baru

Alhamdulillah, pada tanggal 16 Disember 2017, saya telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan hati, Nur Amilia binti Haji Zainudin, yang merupakan kawan sekolah rendah di Terengganu. Semoga Allah memberkati rumahtangga kami yang terbina dan saya mohon doa seikhlas hati daripada anda semua.




Alhamdulillah kami dikurniakan cahaya mata pertama pada tanggal 3 Januari 2019 dan kami namakan anak sulung kami Muhammad Aysar. Boleh baca di sini tentang penjelasan nama yang dipilih. Alhamdulillah anak kedua kami pula lahir dalam 10 hari terakhir Ramadhan 1441 Hijrah pada tanggal 14 Mei 2020 dan kami memberi nama Muhammad Ali sempena nama Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan ramai ulamak lain.

Pada tanggal 23 Mac 2023 pula, kami dikurniakan seorang lagi anak lelaki pada awal 3 Ramadhan 1444 Hijrah yang kami namakan Muhammad Umar sempena dengan nama Sayyidina Umar bin al-Khattab serta ramai ulamak lain seperti Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.

WAllahua'lam.



Saya di media sosial:

Facebook: Ibnu Hanaffi
LinkedIn: Asyrafhanaffi
Twitter: @ibnuhanaffi
Instagram: ibnuhanaffi
Thread: ibnuhanaffi
Emel: amirulasyrafhanaffi@gmail.com

2 comments:

mudzaffiraboo said...

menarik betul kisah hidup syeikh.. sama2 kita membesar di Kuala Terengganu. ana ke sekolah pasti abim mengabang telipot dulu yang di sebelah pantai tu.. kemudian ke sekolah kebangsaan mengabang telipot sehingga ke darjah 6 kemudian berpindah semula ke KL.. berat hati meninggalkan Kuala Terengganu syeikh.. banyak alim di sana dan keadaan pun aman tenteram rasanya di sana.. moga syeikh terus berusaha mengembangkan islam dan selamat maju jaya..

Ibnu Hanaffi said...

Allah Allah itu dari kerendahan hati dan kebaikanmu sahabatku Mudzaffir (Pepe). Terima kasih sudi singgah Pepe. Semoga Allah kekalkan ukhuwwah Islamiyah kita hingga ke syurga amin.

Post a Comment